KKM, KPM mesyuarat esok bincang tarikh buka sekolah

0
163
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Satu mesyuarat bersama diantara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) pada esok bagi membincangkan tempoh sesuai untuk membuka semula sekolah.

Namun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ibu bapa pelajar akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka bagi membolehkan persiapan dilakukan.

Dr Noor Hisham.

“Kita akan bincangkan dengan lebih mendalam dengan KPM esok.

“Tetapi seperti mana yang dimaklumkan kita akan beri keutamaan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam dahulu,” katanya pada sidang akhbar, di Putrajaya, hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here