KKM sahkan kewujudan satu kluster baharu di Selangor

0
451

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kewujudan satu kluster baharu Covid-19 di Selangor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kluster pusat jagaan warga emas itu dikesan apabila salah seorang penghuni pusat tersebut disahkan positif baru-baru ini.

“Dalam saringan yang dilakukan di pusat tersebut pada 17 Mei lalu, sebanyak dua kes positif dikesan,” kata Dr. Noor Hisham.

Katanya, selepas sebulan, kes ketiga dikesan setelah salah seorang penghuni pusat tersebut didapati positif Covid-19 selepas menjalani saringan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di Hospital Tanjung Karang, kelmarin.

“Pesakit yang sama telah melalui ujian pada 17 Mei lalu dan keputusannya negatif.

“(Oleh itu) Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah-langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah kuman dan nyah cemar,” tambah Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, terdapat tiga lagi kluster yang melaporkan penambahan kes positif iaitu kluster syarikat pembersihan (satu), kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil (14) dan kluster Pedas (15).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here