KKM teliti SOP khas mengundi bagi pesakit tenat

0
176

CYBERJAYA -Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi terlibat akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) mengundi bagi pesakit yang dikuarantin atau ditahan di wad akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jika pesakit terbabit berada dalam keadaan tenat, ia memerlukan SOP khas bagi membolehkannya mengundi.

“Kita akan melihat senarai kes Covid-19 sama ada yang sedang menjalani kuarantin atau ditahan di wad kerana berada dalam keadaan tenat.

“Jika tenat, mungkin kita tidak akan membenarkan keluar wad untuk mengundi,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Katanya lagi, pihaknya mengadakan SOP khas yang akan diteliti kementerian dan pelbagai agensi sebelum ia dilaksanakan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan menyediakan khemah khas dan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas serta pesakit yang bakal mengundi di pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, 4 Julai depan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here