Lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

0
423
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dengan setakat ini mempunyai lima kes positif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut dikesan berada di Kampung Labu Lanjut di Sepang, Selangor.

“Bagi kluster ini, kes indeks merupakan seorang pesakit yang sedang dirawat akibat Jangkitan Respiratori Akut (ARI) di Hospital Serdang.

“Beliau dikesan positif Covid-19 pada 5 Jun lalu,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu paparan di laman Facebook beliau hari ini.

Berikutan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) digerakkan dan mendapati kontak rapat kepada pesakit tersebut turut positif.

Kontak rapat tersebut terdiri daripada ahli keluarga pesakit iaitu dua orang anak dan dua cucunya, dengan tiga daripadanya tinggal serumah dengan pesakit, manakala seorang lagi di kediaman lain.

Siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan, dan setakat ini seramai 29 orang telah dikenalpasti.

Setakat ini, 25 daripada kontak rapat tersebut telah disaring dan didapati negatif.

Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki ia mungkin berpunca akibat aktiviti kunjung-mengunjung. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here