Lebih 1,000 kiosk disediakan di KL dan Putrajaya untuk berniaga

0
562

Tan Sri Annuar Musa

KOTA BHARU – Kementerian Wilayah Persekutuan akan menyediakan kira-kira 1,000 kiosk di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi membantu memudahkan mana-mana individu untuk memulakan perniagaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha itu yang dilakukan di bawah Program Galakan Usahawan Muda Kota akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini dan orang ramai boleh memohon bermula Rabu ini.

Beliau berkata, kiosk berkenaan disediakan termasuk dalam Berjaya Times Square, bangunan milik MARA dan kawasan strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak di kalangan kita yang diberhentikan kerja menyebabkan menyebabkan mereka hilang mata pencarian.

“Kita faham di Kuala Lumpur dan Putrajaya, peluang mencari rezeki terbuka luas. Namun saya akui ada sedikit sebanyak kesukaran disebabkan peraturan ketat dan kawalan tempat perniagaan

“Dalam situasi sekarang, saya dengan bantuan beberapa agensi dan pegawai di kementerian merangka satu program atau kaedah di mana kita memilih lebih 1,000 lokasi strategik yang sesuai dijadikan tempat perniagaan kiosk,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Terdahulu beliau melawat perusahaan akok Pok Long di Kampung Padang Mengkali, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebahagian lokasi yang dikenal pasti itu sudah disediakan kiosk oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Justeru, sesiapa yang mahu berniaga atau memilih mana-mana kiosk sama ada kecil atau besar boleh membuat permohonan mulai 1 Julai ini dengan pembayaran sewa yang sangat minima.

“Namun, kita tegaskan supaya mana-mana individu yang menyewa supaya tidak mengambil keuntungan atas angin dengan menyewa semula kiosk berkenaan kepada individu lain,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mereka yang hilang pekerjaan untuk turut memohon program tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here