Lebih separuh penduduk Tokyo bantah penganjuran Sukan Olimpik tahun hadapan

0
98

CYBERJAYA – Lebih separuh penduduk Tokyo membantah penganjuran Sukan Olimpik di bandaraya tersebut pada tahun hadapan.

Bantahan ini berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia yang belum menemukan sebarang titik noktah.

Menurut laporan AFP, dapatan ini diperoleh menerusi satu kaji selidik yang dijalankan oleh dua organisasi berita Jepun, Kyodo News dan stesen televisyen Tokyo MX.

Kaji selidik menerusi telefon ini menemubual 1,030 responden pada 26 hingga 28 Jun lalu mendapati, 51.7 peratus responden membantah, manakala 46.3 peratus lagi mahu ia diteruskan.

Daripada jumlah yang membantah, 27.7 peratus mahu temasya tersebut dibatalkan terus, manakala 24 peratus lagi memilih untuk menangguhkan lagi penganjurannya.

Sukan Olimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung pada 25 Julai hingga 7 Ogos ini, ditangguhkan ke tahun hadapan akibat penularan wabak Covid-19, dengan tarikh penganjuran baharunya bermula 23 Julai 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here