Lesen jual, keluar arak mungkin dibekukan -Annuar

0
312
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, tindakan pembekuan semua aktiviti itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Ciapan itu dimuatnaik susulan laporan berhubung kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk dilaporkan media pada setiap hari.

Terbaharu, seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan dipandu individu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

Difahamkan, mangsa berusia 44 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal model Honda EX5 dirempuh kenderaan Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here