Liverpool juara Liga Perdana Inggeris

0
119

CYBERJAYA- Liverpool ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea menewaskan Manchester City awal pagi tadi sekali gus menamatkan penantian 30 tahun kelab itu.

Anak buah Jurgen Klopp mengesahkan kejuaraan kali ke-19 buat kelab itu dengan berbaki tujuh perlawanan lagi musim ini selepas kekalahan penghuni tangga kedua, City yang menyaksikan mereka ketinggalan 23 mata.

Menurut laporan AFP, Liverpool hanya dipisahkan dua mata bagi bergelar juara selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace di Anfield, awal pagi semalam.

Liverpool yang terpaksa menunggu lebih lama bagi mengesahkan kejuaraan selepas saingan ditangguhkan selama tiga bulan susulan pandemik Covid-19 meraih bantuan yang diperlukan apabila Chelsea menewaskan City 2-1 di Stamford Bridge.

Sepakan penalti yang disempurnakan Willian pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Fernandinho menamatkan penguasaan City selama dua musim sebagai juara liga.

Terdahulu, Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Christian Pulisic pada minit ke-36 sebelum Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan buat City minit ke-55.

“Ia 100 minit yang mendebarkan menyaksikan perlawanan antara City dengan Chelsea.

“Ia pencapaian yang luar biasa buat pemain saya dan sebagai jurulatih saya gembira dapat melatih mereka.

“Saya tidak menunggu selama 30 tahun, saya berada di sini selama empat tahun setengah tetapi ia tetap pencapaian yang hebat terutama selepas tiga bulan terpaksa berehat dan tiada siapa tahu sama ada saingan akan disambung atau tidak,” kata Klopp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here