
APA khabar Orang Kita…sejak akhir-akhir ini, pelbagai desas desus kita dengar mengenai suasana politik negara yang macam tiada kesudahan.
Ada yang dikatakan lompat kesana kesini, ada juga yang melepaskan jawatan dan ada juga yang menanti peluang melihat pihak mana yang ‘better offer’
Apa yang tidak boleh diterima ialah alasan yang diberikan untuk kepentingan rakyat namun, kita tahu ia sebenarnya ternyata untuk kepentingan sendiri.
Sekarang kita boleh lihat, segala permasalahan ini datang daripada satu pihak sahaja ketika ini dan pembaca boleh agak ia datang dari kem mana.
Parti tersebut sedang bergolak ketika ini, apa-apa perubahan akan menberi kesan besar kerana boleh mengubah tampuk pemerintahan negara.
Ada dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) mempunyai ‘kerusi’ yang cukup namun untuk kembali mentadbir namun, ia disangkal oleh pihak lain.
Ketika ini, sepatutnya semua pihak bersama-sama dalam usaha untuk memerangi Covid-19 yang ketika kemungkinan kita berada di saat akhir wabak.
Jika PRU15 diadakan kerana kecelaruan politik ketika ini, kita bimbang ia akan memudaratkan kembali suasana negara dalam memerangi Covid-19.
Hari ini, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang menyeluruh.
Kita semua perlu bersama-sama menyokong pelan dalam usaha mengukuhkan kembali ekonomi negara ini, ketepikanlah seketika agenda politik tidak sihat.-MT