Majikan terima insentif cukai, perlindungan laksana konsep bekerja dari rumah

0
199
Gambar hiasan

CYBERJAYA -Kerajaan bakal memberikan insentif percukaian dan perlindungan insurans pekerjaan kepada majikan untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras saranan kerajaan untuk menggalakkan pelaksanaan bekerja dari rumah, khususnya bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Sebagai contoh, pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan,” katanya.

Mengulas mengenai meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska pula, Muhyiddin berkata, kerajaan turut memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.

“Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here