Malakat Mall jadi pengedar eksklusif Fateh Watches

0
425

RAUDHAH CITY – Malakat Mall bakal menjadi pengedar eksklusif Fateh Watches iaitu jam hasil tangan anak Melayu yang setanding dengan jenama hebat dunia.

Kita mungkin agak asing dengan jenama Fateh Watches tetapi jenama jam berkenaan diasaskan sendiri oleh usahawan Muslim iaitu Zainal Mohd. Ali dan keluarganya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, beliau mahu mengembangkan lagi jenama Fateh Watches agar lebih dikenali di seluruh dunia.

“Kualitinya sangat baik, setanding dengan jenama-jenama terkenal kerana pengasasnya juga mempunyai pengalamaan lebih 43 tahun dalam industri pembuatan jam.

“Ini hasil tangan anak Melayu dan kita patut banggakan, insya-Allah kita akan bincangkan dengan lebih lanjut untuk kembangkan lagi jenama Fateh Watches ini.

“Selepas ini kita akan usahakan untuk tempatkan Fateh Watches di Malakat Mall dan kita akan jadi pengedar eksklusif jenama ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Terlebih dahulu, Malakat Mall dan Fateh Wacthes menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam mengembangkan lagi perniagaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, beliau cukup kagum dengan cerita dan pengalaman pengasas Fateh Watches.

“Berpengalaman lebih 43 tahun dalam dunia jam tangan. Mendapat pengalaman luas latihan di Switzerland dan sangat mahir dengan teknologi jam Swiss.

“Beliau juga bekerja membuat jam tangan Tag Heuer, Patek Philippe dan juga di kilang jam di China. Sekarang Doakan Fateh Watches menjadi jenama pilihan utama pengguna dunia.

Dalam pada itu, Zainal berkata, jenama Fateh Watches menggunakan teknologi Swiss dengan menggunakan jarum arah tawaf atau anti clock wise.

“Jenama Fateh Watches ini ada dua masa dan kualitinya setanding dengan jenama terkemuka. Harganya berpatutan dan mampu milik. Sebelum ini kami jual secara dalam talian sahaja.

“Secara jujurnya Fateh Watches ini adalah perniagaan keluarga, dua anak saya juga terlibat dalam industri ini. Terima kasih kepada Malakat Mall kerana membantu kembangkan lagi jenama ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here