Malakat Mall terus jadi tumpuan ramai

0
1912

RAUDHAH CITY- Pusat beli belah Malakat Mall menjadi tumpuan masyarakat sekitar untuk mendapat barangan keperluan pada hari ini.

Tunjauan Malakat Tribune pada pukul 11 pagi hingga pukul 4 petang mendapati, pusat beli belah itu tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Rata-rata mereka kelihatan puas apabila keluar dari Raudhah Grocer selain kedai-kedai lain milik usahawan bumiputera yang terdapat di situ.

Antara yang mencuri tumpuan di Malakat Mall pastinya Raudhah Grocer dan juga restoran Bunch-Oh yang menawarkan pilihan menarik.

Walaupun kelihatan agak ramai, semua pelanggan dilihat mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi Nurul Dayana Mohd. Salim, 20, dia teruja untuk datang ke Raudhah Grocer kerana ingin melihat produk keluaran usahawan Muslim.

“Hari ini saya datang bersama keluarga, rasa bertuah datang ke sini. Banyak produk tempatan yang berkualiti tinggi, sebelum ini kita tidak tahu.

“Jika mahu bandingkan dengan pusat beli belah lain, jauh bezanya. Ini khas produk tempatan, produk orang kita. Banyak sangat barang.

“Di sini semua barang ada. Sebenarnya ini kali kedua saya datang, tetapi kali ini lebih ramai,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Nazrul Nazir, 44, berkata, beliau datang dari Puchong semata-mata untuk mencari barangan keperluan di Raudhah Grocer.

“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Malakat Mall, di Raudhah Grocer semua barangan ada. Kualitinya juga memang bagus,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here