Masa operasi tambahan restoran, kedai runcit hingga 12 tengah malam mulai esok

0
246

CYBERJAYA – Tambahan masa operasi semua restoran, kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dibenar operasi sehingga pukul 12 tengah malam mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan masa itu dibuat berikutan rayuan yang diterima kerajaan daripada pengusahanya.

Menurutnya, mesyuarat hari ini bersetuju restoran dan semua gerai dan outlet menjual makanan dibenar untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam, namun harus ditegaskan supaya penjarakan sosial dan SOP perlu dipatuhi sepenuhnya.

“Kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam juga kita benarkan sehingga 12 tengah malam, sekarang ini sehingga pukul 10 malam saja,” katanya pada sidang akhbar harian, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here