Muhyiddin diiktiraf sebagai pemangku Pengerusi Bersatu yang sah

0
378
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin diiktiraf sebagai pemangku Pengerusi Bersatu yang sah susulan peletakkan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan itu pada 24 Februari lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Beliau berkata, keputusan MPT itu dibuat selaras dengan Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.

“MPT menyokong dan memberikan mandat penuh terhadap kepemimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas dilantik Yang di-Pertuan Agong berlandaskan perlembagaan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah turut mengesahkan keputusan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dimuktamadkan pada 23 Februari lalu dan sehari selepasnya Muhyiddin selaku pemangku Pengerusi Bersatu memaklumkannya secara rasmi.

Sementara itu, katanya, MPT turut mengesahkan bahawa keputusan parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Bersatu adalah bertetapan dengan matlamat, tujuan dan dasar parti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here