NGO agih 100 tan kobis kepada 500 penduduk

0
289
Nor Shabudin Monil (tengah) menyampaikan sumbangan kobis kepada penduduk di Pangsapuri Taman Seri Berembang, Klang, baru-baru ini.

KLANG – Sebanyak 100 tan kobis diedarkan kepada orang ramai di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Sentosa di sini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Datuk Nor Shabudin Monil, kesemua kobis diagihkan kepada lebih 500 penduduk dari pelbagai golongan masyarakat.

“Niat kita adalah untuk membantu masyarakat setempat yang mengeluarkan banyak kos untuk membeli bahan makanan.

“Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) belanja rumah meningkat kerana semua orang dalam satu keluarga duduk di rumah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kobis Taman Seri Berembang di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi 99 Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd. Ali Zakariah.

Nor Shabudin berkata, selain penduduk pangsapuri, pihaknya juga mengagihkan kobis tersebut kepada anggota barisan hadapan seperti ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Taman Seri Andalas.

Sementara itu,Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Seri Berembang, Mohd.Yusof Dollah berkata, pihaknya mewakili penduduk mengucapkan syukur atas sumbangan tersebut.

“Sumbangan kobis ini diterima dengan besar hati oleh penduduk di sini. Ia mampu mengurangkan beban kewangan penduduk,” katanya.

Seorang penduduk di kawasan tersebut Syed Nasir Yusof,60, berkata, dia gembira dengan sumbangan kobis oleh pihak NGO di saat orang ramai bimbang untuk keluar ke pasar kerana Covid-19.

“Semoga program sebegini diteruskan pada masa hadapan. Di saat penduduk berjimat-cermat ada pihak yang memberi sayur percuma,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here