Operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, bazaria bermula 15 Jun

0
279
Pasar pagi antara aktiviti perniagaan yang dibenarkan semula beroperasi bermula 15 Jun ini. – Gambar Media Sosial

CYBERJAYA – Kerajaan hari ni membenarkan operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria di Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau menambah, SOP itu termasuk waktu pembukaan dihadkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka antara pukul 6 hingga 11 pagi, pasar malam (4 petang hingga 10 malam) manakala bazaria (5 petang hingga 11 malam).

“Jarak sosial kedudukan gerai juga telah ditetapkan iaitu pada 1.5 hingga dua meter dan lokasi kawasan perlu terbuka serta berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri menambah, operasi pasar-pasar tersebut hanya dibenarkan menjual secara bawa pulang sahaja.

“Peniaga juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sarung tangan serta pelitup muka,” ujarnya.

Kata beliau, SOP itu boleh digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pasar-pasar di seluruh negara.

“Tindakan penutupan serta merta akan dilakukan sekiranya gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. Peniaga dan pengunjung diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here