
CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan pemakluman bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 2 petang, Isnin ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan turut menafikan kononnya perutusan itu akan disiarkan melalui stesen televisyen RTM, Bernama, TV3 dan Astro.
Menurut kenyataan itu lagi, PMO menjelaskan bahawa berita palsu tersebut sedang tular dalam media sosial.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan sesuatu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), esok.
“Tunggulah. Esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, banyak perkara yang akan disebut.
“Kalau saya tak sebut (mengenai pergerakan orang bujang merentas negeri) saya sebut. Harap orang bujang bersabar sehingga esok,” katanya.