Pelajar Tingkatan 5, 6 diberi keutamaan

0
98

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingakatan Lima dan Enam sekiranya keputusan membuka semua sesi persekolahan telah ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman kepada pelajar dan ibu bapa mengenai perkara itu akan dibuat dua minggu sebelum pembukaan semula sesi persekolahan dilaksanakan.

“Garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditambah baik garis panduan telah disiapkan sepenuhnya bersama Kementerian Pelajaran (KPM).

“Apabila melihat dan meneliti garis panduan yang telah siap sedia itu, saya yakin dengan kemampuan SOP yang ada bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah.

“Walau bagaimana pun, kita masih belum membuat sebarang keputusan bila kita akan buka semula sesi persekolahan setakat ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here