Pemecatan Dr. Mahathir, empat yang lain muktamad

0
400
DR. MAHATHIR MOHAMAD

CYBERJAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung semalam mengesahkan keahlian Tun Dr. Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen dalam parti itu terhenti serta-merta dan adalah muktamad.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu.

“MPT turut mengesahkan bahawa Muhammad Suhaimi Yahya adalah sekian lama Setiausaha Kerja Bersatu yang sah dan sebarang surat pemakluman yang ditandatangi oleh setiausaha kerja adalah terpakai secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Muhammad Suhaimi dalam satu surat rasmi yang dikeluarkan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam) memaklumkan keahlian mereka terhenti kerana berpihak kepada pembangkang ketika Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak diiktiraf oleh kelima-lima ahli Parlimen tersebut dan mempersoalkan kedudukan Muhammad Suhaimi dalam mengeluarkan surat yang disifatkan sebagai satu bentuk surat pemecatan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai status jawatan Datuk Marzuki Yahya, katanya, beliau telah diberhentikan sebagai Setiausaha Agung Bersatu pada 18 Mac lalu.

Berikutan itu, Hamzah berkata, pelantikan beliau sebagai setiausaha agung yang baharu pada 26 Mac lalu dibuat secara sah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here