Penangan Casa De Madani, belum beroperasi sudah terima lebih 100 tempahan

0
1610
Barisan krew yang berpengalaman bakal beraksi di Casa De Madani

RAUDHAH CITY- Biarpun belum memulakan operasi sepenuhnya, Casa De Madani di Malakat Mall telah menerima lebih 100 tempahan meja daripada orang ramai.

Pengarah Food and Beverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, disebabkan permintaan terlalu tinggi, pihaknya terpaksa menghentikan untuk menerima sebarang tempahan buat masa ini.

“Alhamdulillah, sokongan orang ramai terhadap pembukaan halal ‘fine dining’ pertama ini sangat memberangsangkan.

“Walaupun belum dibuka, tapi kami sudah menerima lebih 100 tempahan walaupun belum dapat memberi sebarang tarikh kepada pelanggan.

“Disebabkan terlalu banyak tempahan buat masa ini, kami terpaksa tutup tempahan sehingga senarai menunggu itu selesai,” katanya.

Bercakap mengenai perkembangan Casa De Madani, Aziz menjangkakan ia akan mula beroperasi pada 1 Julai ini.

“Sekarang kerja-kerja pembikinan restoran sudah 70 peratus selesai, dan dalam proses memasukkan peralatan dapur serta perabot.

“Insya-Allah jika semua dipermudahkan, 1 Julai kita akan memulakan operasi untuk melatih kakitangan bagi pembukaan restoran itu,” katanya.

Menurut Aziz lagi, Casa De Madani bakal memberikan pengalaman berbeza dari segi konsep serta menu dihidangkan kepada para pelanggannya.

“Walaupun konsep yang kita ketengahkan ‘Modern European Cuisine’, tapi kami juga menerima permintaan khusus daripada pelanggan.

“Namakan sahaja..sama ada masakan barat, Thailand atau apa sahaja, Insya-Allah kru cef kami yang berpengalaman akan realisasikan mengikut selera pelanggan asalkan ia halal,” katanya.

Selain itu, Aziz berkata, Casa De Madani akan turut menyediakan pakej ‘private party’ untuk pelbagai jenis majlis seperti sambutan hari jadi dan sebagainya.

“Dekorasi dan menu adalah bergantung kepada permintaan pelanggan dan kita menetapkan minimum 10 orang untuk pakej ini.

“Dari segi pakej harga yang kami tawarkan juga adalah berpatutan yang mungkin tidak ada diperoleh ‘fine dine’ di kuar iaitu bermula RM100-RM500 seorang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menekankan pembukaan Casa De Madani tidak terkecuali melaksanakan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sebenarnya konsep restoran ‘fine dining’ ini memang sudah praktikkan penjarakan untuk setiap meja dan kita akan pastikan SOP lain turut dilaksanakan di restoran ini bagi menjamin keselamatan pelanggan.

“Harapan saya, supaya orang ramai terus memberikan sokongan kepada kami dan Insya-Allah kami akan buat yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here