Pengalaman Ikmalrudin bantu urus tadbir SPR

0
139

CYBERJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berharap pengalaman Ikmalrudin Ishak dapat memimpin suruhanjaya itu dalam merancang, menyelaras serta melaksanakan dasar-dasar ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan berkata, Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya SPR yang baharu berkuatkuasa 5 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.

“Ikmalrudin berumur 49 tahun dan berkelulusan Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi serta Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Beliau mula menyertai Perkhidmatan Awam pada 1 Mac 1996. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha SPR, beliau pernah berkhidmat dalam jawatan- jawatan strategik di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Parlimen Malaysia.

“Beliau juga berpengalaman selama hampir 10 tahun berkhidmat di SPR sebagai Timbalan Setiausaha (Pengurusan) di Ibu pejabat SPR mulai 3 Januari 2011 dan Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor mulai 22 Jun 2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, SPR juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Elias atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada SPR mulai 21 Mei 2018 hingga 30 Mei lalu sebagai Setiausaha SPR.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here