Pengamal perubatan pandu kereta dalam keadaan mabuk dicekup polis

0
278
Antara individu yang diperiksa dalam operasi semalam

CYBERJAYA – Pengamal perubatan antara lima yang ditahan oleh pihak polis selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada yang ditetapkan, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, Operasi Alkohol dan Pencegahan Jenayah itu dilaksanakan di beberapa lokasi di sekitar Petaling Jaya.

Beliau berkata, operasi tersebut bermula pada pukul 11 malam hingga 3 pagi tadi.

“Seramai 508 pengguna jalan raya dan 356 kenderaan diperiksa. Hasilnya, kami menahan lima pemandu termasuk seorang pengamal perubatan berusia 26 hingga 61 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antara pengguna jalan raya yang diperiksa semalam

Katanya, fokus utama operasi itu adalah bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya memandu kenderaan atau menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut mengeluarkan 36 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Sementara itu, beliau turut menginggatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya dan tidak memandu di bwah pengaruh alkohol kerana pihaknya akan sentiasa melakukan operasi tersebut setiap masa.

Katanya, ini kerana dalam tinjauan yang dilakukan semalam masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu di bawa pengarul alkohol.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here