Pengecualian caj RM1 MEPS masih kekal

0
191

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pengecualian caj RM1 bagi perkhidmatan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) di semua mesin juruwang automatik (ATM) masih kekal walaupun perkhidmatan itu mula beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat ini tiada perbincangan dan permohonan dibuat bersama pihak bank berhubung pelaksanaan tersebut.

“Tiada perubahan untuk bayaran RM1 bagi pengeluaran di mesin ATM, jadi kita masih boleh nikmati faedah diberikan itu setakat hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKPB hari ini.

Bermula 6 April lalu, kerajaan meminta semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di ATM yang menggunakan MEPS bagi mengelak kesesakan di kaunter bank. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here