Penggambaran filem, fotografi perkahwinan dibenarkan

0
264

CYBERJAYA – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memutuskan untuk membenarkan pengambaran filem bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan kebenaran itu semua yang terlibat dalam aktiviti penggambaran filem diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

“Namun penjarakan sosial, kebersihan diri dan tidak lebih 20 orang pada setiap masa,” katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Selain itu katanya, mesyuarat sama juga telah bersetuju membenarkan aktiviti fotografi perkahwinan beroperasi.

Bagaimanapun katanya, aktiviti itu terhad kepada penggambaran pra-perkahwinan dan akad nikah serta tertakluk kepada SOP ditetapkan.

“Hanya aktiviti fotografi dibenarkan, majlis perkahwinan adalah masih tidak dibenarkan,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here