Penjana bernilai RM35 bilion liputi 3 teras utama

0
113

PUTRAJAYA -Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) diperkenalkan  dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani kesan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama di bawah Penjana.

Menurutnya, pertama ialah memperkasakan rakyat dan kedua, melonjakkan perniagaan serta ketiga, merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana.

“Daripada jumlah itu, RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung daripada kerajaan,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here