Perdana Menteri kembali ke Perdana Putra

0
112
Muhyiddin Yassin (kanan) mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra Kabinet menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Selepas menjalani tempoh 14 hari dikuarantin di rumah susulan seorang pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet disahkan positif Covid-19 pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memasuki pejabat hari ini.

Menerusi hantaran akaun Facebook milik beliau, Perdana Menteri memulakan tugas dengan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah menteri.

Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video iaitu menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

Langkah julung kali diadakan itu bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh dikuarantin, Muhyiddin menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja di rumah.

Selasa lalu, Perdana Menteri sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here