Perdana Menteri wakili rakyat merafak sembah sempena ulang tahun Agong

0
198
Yang di-Pertuan Agong bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat jelata merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah esok.

“Patik sekalian mendoakan semoga Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga mendoakan semoga KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here