Oleh SITI AZIELAH WAHI
Gambar Hiasan
CYBERJAYA- Perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk perkhidmatan gunting rambut persendirian ke rumah-rumah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkhidmatan itu.
“Saya percaya pihak MKN sedang menyiapkan SOP bersama KKM dan setakat ini belum lagi dibentangkan dalam mesyuarat khas menteri-menteri.
“Kita menunggu untuk bentangkan SOP jika sudah bersedia, setakat ini belum lagi dibenarkan,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Katanya selepas SOP dibentang dan diluluskan pihaknya akan mengumumkan mengenai perkara berkenaan
“Namun sehingga kini gunting rambut masih berada dalam senarai terlarang termasuk di rumah dan di mana sahaja,” katanya.-MBNews