PKP yang akan dirindui

0
314

PENGUMUMAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan 9 Jun dan membenarkan pergerakan merentas negeri bermula 10 Jun tentunya membuatkan rakyat Malaysia melonjak kegembiraan.

Manakan tidak, sejak 18 Mac berada di bawah PKP dan PKPB, segala pergerakan terbatas, rasa takut dan rungsing setiap kali keluar menyelubungi diri.

Namun dalam keghairahan mahu bercuti atau pulang ke kampung halaman jangan pernah lupa mengamalkan norma baharu dalam setiap saat dan detik.

Bagi penulis sendiri rasa teruja untuk pulang ke kampung itu ada tapi dalam kepala sudah membayangkan betapa sesak perjalanan yang perlu ditempuhi.

Pada masa sama penulis mulai merindui momen PKP yang bersisa sehari sahaja lagi.

Mana tidaknya, seumur hidup, dan sepanjang hayat Malaysia, kejadian seperti ini belum pernah berlaku.

Rakyat diperintah duduk di rumah. Semua aktiviti ekonomi terhenti, kedai makan di tutup, pasar raya tidak beroperasi, masjid kosong, sekolah tutup, pasar malam dan pasar pagi tiada malah sepanjang hari terpaksa berkurung di rumah sendiri.

Semuanya angkara pendamik Covid-19, meskipun ia adalah makhluk tuhan paling kecil dan tidak kelihatan namun mampu mengancam nyawa seluruh dunia.

Dan di saat perintah duduk diam di rumah itulah, pelbagai kisah berlaku. Pelbagai aktiviti dibuat termasuk mencuba pelbagai masakan dan hidangan untuk keluarga.

PKP juga mengajar kita erti rindu. Rindu kepada ibu bapa, ahli keluarga, rindu kepada anak-anak dan pasangan yang terpisah, dan rindu untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti rutin.

Buktinya setiap hari ada saja laporan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung atau ke bandar untuk menemui insan yang dirindui.

Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup.

Malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun tiba-tiba beroperasi dengan had masa. Sejak PKP, kehidupan kita semua terkesan. Suka atau tidak, ia pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini

PKP selama hampir tiga bulan juga mengudang rasa sebak dan sedih apabila tidak dapat mengamalkan kemesraan. Kita perlu menjaga jarak sosial, tidak digalakkan bersalaman, dan bersentuhan, perlu meninggalkan anak-anak di rumah jika terpaksa keluar sekiranya mempunyai urusan.

Ramadan dan Syawal yang penuh makna pula disambut dengan begitu sederhana sepanjang PKP.

Tiada bazar Ramadan yang dinanti-nantikan sebagai syurga makanan, tiada solat tarawih di masjid dan surau, Tiada kunjung-mengunjungi, tiada bersesak pulang ke kampung, tiada rumah terbuka hanya panggilan video pengerat hubungan.

Hasilnya apa yang kita dapat hari ini. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk menjaga kita. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.

Namun jangan terlalu gembira. Normal baharu perlu diteruskan jika tidak mahu. Mem uat pusingan U untuk kembali ‘terkurung’.

Apa yang pastinya tempoh tiga bulan ini pasti akan menjadi memori dan sejarah yang akan dikenang sepanjang hayat.

PKP akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here