PKPB disambung atau tidak belum dibincangkan

0
135

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Belum ada sebarang perbincangan mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya berakhir 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengumumkan sama ada PKPB akan diteruskan atau sebaliknya selepas perbincangan berkaitan hal itu dibuat.

“Kita belum tahu lagi kerana belum ada lagi perbincangan untuk sambung atau tidak. Apabila keputusan sudah dibuat, kita akan umumkan.

“Sambung kita umum, tidak sambung pun kita umum. Tunggulah apabila pengumuman dibuat,” katanya ketika ditanya sama ada PKPB yang sepatutnya tamat minggu depan diteruskan atau sebaliknya.

Pada masa sama Ismail Sabri memaklumkan polis telah menahan 56 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB semalam.

Menurutnya, daripada jumlah itu 46 individu direman manakala 10 individu dijamin polis.

“Polis telah mengeluarkan kompaun kepada 88 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB namun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 138 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 267,373 kenderaan berbanding 283,677 kenderaan pada hari sebelumnya.

“Sebanyak 93 kenderaan diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran. Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Pahang (38), Melaka (27) dan Selangor (24),” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here