PKPP: Balik kampung dibenarkan bermula Rabu ini

0
223
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bermula Rabu ini perjalanan rentas negeri termasuk pulang untuk menziarahi ahli keluarga di kampung halaman masing-masing dibenarkan.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut tidak dibenarkan di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan supaya mereka yang pulang ke kampung sentiasa berwaspada kerana ibu bapa mereka merupakan warga emas dan mudah terdedah kepada jangkitan.

“Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here