PM hadir solat Jumaat

0
264
Muhyiddin Yassin menunaikan solat sunat sebaik memasuki ruang solat Masjid Umar Al-Khattab, hari ini.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dekat sini selepas lebih tiga bulan larangan ibadat itu berikutan penularan Covid-19.

Beliau yang mengenakan baju Melayu putih, seluar hitam dan bertopeng muka dilihat turut patuh kepada amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengisi buku kehadiran.

Lokasi solat Jumaat itu merupakan pilihan utama Muhyiddin kerana terletak tidak jauh dari kediamannya Bukit Damansara. 

Sebagai langkah kesihatan, kehadiran para jemaah di masjid berkenaan yang bermula seawal pukul 11.30 pagi turut dipantau dengan pematuhan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pencuci tangan.

Pemeriksaan di kaunter masuk masjid juga menyebabkan para jemaah terpaksa beratur panjang sehingga ke jalan raya. 

Sementara itu, tinjauan orang ramai mendapati para  jemaah yang hadir menyatakan sudah berwuduk sambil membawa sejadah masing-masing.

Tindakan itu diambil bagi mengelakkan risiko jangkitan dan mengelakkan kesesakan di bahagian tempat mengambil wuduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri hari ini kelonggaran peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memberi peluang orang ramai hadir solat berjemaah. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here