Prasekolah, TADIKA dibenar dibuka Julai ini

0
160
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Semua prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) milik kerajaan serta swasta dibenarkan dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun begitu, operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika.

“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembukaan keseluruhan prasekolah dan TADIKA itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta.

“TADIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara pula sebanyak 1,781 sementara di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar 8,530,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here