Proses matikan setem, semak wang tidak dituntut boleh dibuat dalam talian

0
306
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan secara dalam talian atau e-kaunter bagi menggalakkan proses digitalisasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu termasuk melaksanakan proses mematikan setem, menyemak dan menuntut wang tidak dituntut bermula 1 Oktober ini serta sesi e-temuduga bagi permohonan biasiswa kerajaan.

“Sehubungan itu, saya menyeru lebih banyak agensi dan kementerian untuk merancakkan usaha digitalisasi dan automasi,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga akan memperuntukkan RM100 juta bagi menubuhkan National Technology and Innovation Sandbox.

Beliau berkata, inisiatif itu yang akan diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bakal memberi kelonggaran terhadap beberapa peraturan untuk menguji cuba teknologi baharu seperti menguji penghantaran pembelian dalam talian melalui dron dan penggunaan kenderaan pandu sendiri.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, dalam usaha untuk memacu pemulihan ekonomi negara melalui proses digitalisasi perniagaan, kerajaan akan menubuhkan Dana Penjana Nasional berjumlah RM1.2 bilion.

“Dana ini akan digunakan untuk memupuk inovasi dan mengembangkan bakat modal teroka tempatan, antara pelabur antarabangsa yang berminat untuk turut serta ialah SK Group, Hanwha Asset Management, KB Investment Co Ltd, Provident Growth, 500 Startups dan The Hive,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here