Pulau Pinang belum mahu laksana PKPP, mahu teliti dahulu

0
1330
Chow Kon Yeow

CYBERJAYA – Kerajaan Pulau Pinang akan meneliti terlebih dahulu pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Khas Negeri yang akan diadakan pada Rabu ini sebelum membuat keputusan lanjut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu dibuat demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Fasa demi fasa akan dilakukan bagi membuka semula sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan agama dalam menuju normalisasi pasca Covid-19.

“Justeru, jawatankuasa khas ini akan mengadakan mesyuarat pada Rabu ini untuk mengkaji pelaksanaan PKPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula Rabu ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Selasa ini.

Berikutan pelaksanaan PKPP itu, kerajaan Persekutuan membenarkan perjalanan merentas negeri dibenarkan.

Namun begitu, jika kerajaan Pulau Pinang bertegas tidak mahu melaksanakan PKPP kemungkinan orang awam dari luar negeri itu tidak dibenarkan memasuki Pulau Pinang seperti yang dikuatkuasakan menerusi PKPB sekarang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here