Pusat beli belah BMF bakal lebar sayap ke Kelantan dan Langkawi

0
376
Malakat Mall

RAUDHAH CITY – Impian penduduk di Kelantan dan Langkawi untuk melihat pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall didirikan di dua lokasi tersebut semakin hampir menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam laman Facebook miliknya selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Kumpulan Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid semalam.

Coach Fadzil (empat dari kiri) bergambar bersama pengurusan Malakat Mall dan Kumpulan Mofaz

“Mofaz ingin bersama Malakat Mall dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)

“Mofaz menawarkan bangunan mereka untuk dijadikan Malakat Mall di Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil turut memohon doa daripada orang ramai supaya pusat beli belah BMF itu bakal menjadi kenyataan.

Pusat beli belah Malakat Mall yang pertama didirikan di Cyberjaya mula beroperasi pada awal Mac lalu dengan mengetengahkan pelbagai konsep dan produk milik usahawan dan pengedar Muslim.

Antara produk BMF terdapat dalam Malakat Mall

Antara perniagaan yang terdapat dalam Malakat Mall ialah pasar raya Raudhah Grocer; kedai sukan Tahan Sport; kedai ‘hardware’ DIY Malaya; kedai alat tulis Conteng dan kedai pakaian seperti jenama Petak serta TGM Tegomen Homme.

Selain itu, terdapat beberapa restoran di Malakat Mall seperti Bunch-Oh yang menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan sendiri oleh cef tempatan bertaraf dunia.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here