Pusat Latihan Kebangsaan bertaraf antarabangsa bakal dibina di Putrajaya

0
195
Tan Sri Annuar Musa bersama Datuk Hamidin Mohd Amin bergambar selepas mengadakan pertemuan di pejabat menteri hari ini

CYBERJAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk membina sebuah Pusat Latihan Kebangsaan di Putrajaya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut dimaklumkan dalam pertemuan bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini.

“Seperti ramai tahu, saya sangat meminati bola sepak, terutamanya bola sepak tempatan. Jadi selagi boleh membantu untuk memperkasakan bola sepak tempatan, insya-Allah kita usahakan.

“Antara yang kita bincangkan ialah mengenai projek Pusat Latihan Kebangsaan di Presint 5, Putrajaya yang kita harap dapat menjadi pusat latihan bertaraf antarabangsa sambil mengambil kira komuniti penduduk di Putrajaya,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, katanya, mereka turut berbincang untuk membina ibu pejabat FAM di Putrajaya.

Tahun lalu, Hamidin mengumumkan sebuah stadium bola sepak moden bakal dibina di Presint 5, Putrajaya bersama-sama ibu pejabat baharu FAM.

Menurut Hamidin, ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak, yang menempatkan ibu pejabat FAM, sambil diapit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here