Rakyat disaran muat turun aplikasi MySejahtera

0
281
Orang ramai disaran untuk memuat turun aplikasi My Sejahtera.

CYBERJAYA – Kerajaan menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aplikasi itu juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti serta memaklumkan kepada kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

“Kerajaan juga akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebelum ini.

“Ini bagi menggalakkan orang ramai memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, sehingga jam 8.00 pagi tadi, sebanyak 150 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 156 pada hari sebelumnya, yang mana 15,140 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Katanya, semalam, seramai 291 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib.

“Seramai 51,090 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sehingga hari ini, seramai 40,922 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here