Rakyat Singapura boleh mula makan di kedai, beriadah di gimnasium

0
55
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Singapura mula menarik balik beberapa larangan yang dikenakan ke atas rakyatnya berikutan wabak Covid-19, mulai hari ini.

Setelah hampir lebih dua bulan dikenakan larangan bersosial, kini rakyat negara tersebut dibenarkan makan di kedai makan, beriadah di gimnasium dan berkumpul tidak melebihi lima orang pada satu-satu masa, lapor AP.

Bagaimanapun, pematuhan pada prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial tetap dilaksanakan.

Setakat ini, Singapura yang mempunyai seramai 5.8 juta penduduk mempunyai antara kes Covid-19 yang tertinggi di Asia setelah merekodkan 41,473 kes positif setakat hari ini.

Majoriti kes positif direkodkan dalam kalangan warga asing yang tinggal di asrama pekerja.

Pihak berkuasa dalam pada itu berkata, kes-kes melibatkan warga asing makin menurun berdasarkan tiada kluster baharu dilaporkan, dengan kluster yang masih aktif melaporkan penurunan kes jangkitan, walaupun beberapa sektor ekonomi telah mula dibuka kembali dua minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here