Ramai mula balik kampung yer….

0
104
Gambar media sosial

HARI ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) di mana segala aktiviti harian menjadi 100 peratus kembali seperti biasa.

Ada yang seawal pagi sudah sampai ke kampung halaman, ada yang pagi-pagi sudah muat naik gambar berada di hentian rehat untuk pulang ke kampung halaman dan paling menarik ramai membuat hantaran mengenai lagu-lagu raya yang sedang berkumandang di stesyen-stesyen radio hari ini.

Ternyata suasana berubah sekelip mata bagaikan terkejar-kejar untuk pulang ke kampung merayakan Aidilfitri dengan keluarga tercinta.

Namun perlu ingat terdapat beberapa aktiviti  masih lagi dilarang termasuk perhimpunan beramai-ramai, penganjuran sukan-sukan tertentu dan juga majlis kenduri-kendara.

Melalui pemerhatian penulis ramai dalam kalangan warga maya berkongsi detik-detik  indah sepanjang hampir tiga bulan berkurung di rumah.

Ada yang “flash back” momen bersama anak-anak melakukan aktiviti bersama, melayan masakan makanan kegemaran keluarga, meluahkan rasa betapa indahnya berkepit dengan orang tersayang sepanjang 24 jam sehari di rumah menerusi media sosial.

Ternyata banyak perkara ‘ganjil’  berlaku kepada setiap rakyat Malaysia sepanjang tempoh itu dan sedikit sebanyak memberi pengalaman baharu paling berharga dalam hidup kita.

Pendek kata, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) ini tidak berlaku  mungkin tiada seorang pun dalam muka bumi ini merasai nikmat sebenar duduk di rumah.

Seperti juga penulis, jika sebelum ini tidaklah agresif untuk memasak di rumah, namun sepanjang tempoh itu, bukan sahaja lincah memasak tiga kali sehari malah gigih menyediakan hidangan makanan hingga lima kali sehari semata-mata ingin melihat suami  dan anak-anak bahagia bersama.

Menjadi rutin harian juga pada setiap petang  sebelum ini menonton sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengenai perkembangan terbaharu Covid-19.

Hari-hari penulis mendoakan supaya tiada kematian dilaporkan selain terus membiasakan amalan norma baharu bekerja dari rumah.

Jadi bila hari ini kerajaan membenarkan sesiapa sahaja untuk merentas negeri dengan mengamalkan penjarakan sosial, diharapkan semua rakyat terus patuh dengan arahan yang dikeluarkan.

Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang masih berbaki ini , jangan lupa amalkan norma-norma baharu.

Penulis percaya suasana kemeriahan itu nanti lebih meriah dari 1 Syawal sebelum ini yang masing-masing hanya menyediakan juadah raya, memakai pakaian baharu dan bergambar di rumah masing-masing sahaja.

Sambutan Aidilfitri 2.0  ini mungkin menjadi luar biasa sepanjang hidup kita.

Apapun, penulis yakin setiap individu di negara ini bijak untuk terus menghentikan penularan Covid-19 walau dalam tempoh PKPP ini.

Memandangkan negara kita adalah satu-satunya negara yang berjaya mengatasi Covid-19 buat masa ini, maka semua dari kita patuhla arahan ‘abah’ kita.

Jika sebelun ini kerajaan suruh duduk rumah, kita duduk rumah, kerajaan kata jangan rentas negeri menjelang 1 Syawal kita disiplin diri kita duduk rumah sahaja.

Paling menarik, kerajaan ajak rakyat raya sehari pun, kita turut akur raya sehari walaupun ada segelintir golongan yang tak ikut peraturan itu.

Fikir baik-baik, apa sahaja aktiviti yang hendak kita lakukan selepas ini perlu mengikut SOP yang diaturkan.

Insya-Allah satu masa dan ketika nanti kita semua akan menang bagaikan juara dunia  menentang virus jahat itu.

Salam Aidilfitri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here