Raudhah Grocer perluas perkhidmatan penghantaran ke seluruh Lembah Klang

0
181

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Bermula hari ini perkhidmatan penghantaran barangan Raudhah Grocer menerusi pembelian dalam talian diperluaskan di seluruh kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya, Raudhah Grocer mengumumkan kawasan penghantaran adalah sejauh 70 kilometer dari Malakat Mall, Cyberjaya.

“Masih ingat tinjauan yang kami jalankan beberapa minggu lalu? Ramai yang meminta untuk kami memperluaskan kawasan penghantaran Raudhah Grocer.

“Kami amat menitikberatkan pandangan anda. Maka, perkhidmatan penghantaran Raudhah Grocer telah diperluaskan ke seluruh Lembah Klang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here