Rayuan GKP sehingga 15 Jun ini

0
1353

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan tarikh permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan dibuka sehingga 15 Jun ini.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN berkata, tempoh empat hari yang masih tinggal itu diharap dapat memberi peluang kepada mereka yang mempunyai perniagaan dan tidak layak memohon Bantuan Prihatin Negara (BPN).

“Permohonan rayuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020.

“Bagi permohonan rayuan yang diluluskan, pembayaran GKP dijangka akan dibuat mulai 29 Jun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

GKP merupakan bantuan kerajaan untuk mereka yang berniaga dan mempunyai pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan bayaran one-off sebanyak RM3,000.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal GKP di laman https://gkp.hasil.gov.my.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Bermula 3 Jun lalu, pemohon boleh buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) melalui portal GKP sendiri di gkp.hasil.gov.my -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here