Restoran penjarakan sosial di Malakat Mall

0
273
Ruang di tingkat 2 Malakat Mall membuka restoran penjarakan sosial untuk pelanggan di luar sana.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Pada musim perayaan Aidilfitri pastinya rumah terbuka sering menjadi kebiasaan untuk meraikan saudara mara, jiran dan rakan-rakan.

Namun kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh kerajaan menyebabkan aktiviti rumah terbuka terpaksa dibatalkan kerana mahu mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Tetapi berita baik buat anda apabila Malakat Mall menyediakan pakej restoran penjarakan sosial kepada mereka yang mahu mengadakan rumah terbuka namun menjaga penjarakan sosial.

Ketua Food & Beverage (F&B) Malakat Mall, Cef Aziz Juhari berkata, pihaknya menyediakan ruang di dalam pusat beli belah ini untuk digunakan bagi majils rumah terbuka sepanjang PKPB dijalankan.

Cef Aziz (kiri) menujukkan antara menu yang dipilih oleh pelanggan ketika majlis rumah terbuka di restoran penjarakan sosial dalam Malakat Mall.

“Kami sedar amalan rumah terbuka satu biasaan untuk orang ramai namun tidak dapat diadakan kerana PKPB.

“Oleh itu, Malakat Mall menyediakan tiga ruang di tingkat dua yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu-satu masa dan dimana makanan dimasak oleh cef bertaraf lima bintang untuk mereka ingin mengadakan majlis terbuka namun mengekalkan standard prosedur operasi (SOP) PKPB yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Aziz menambah, pihaknya menetapkan SOP yang ketat sebelum tetamu memasuki ruang dewan yang disediakan dengan mengambil suhu badan dan maklumat diri sebelum pelanggan masuk ke dewan tersebut.

Katanya, tetamu yang hadir akan dihidangkan makanan yang disediakan oleh pihaknya dibantu pekerja Restoran Bunch Oh.

Staf Bunch Oh akan melayan tetamu dimana makanan akan terus diletakkan di atas pinggan tanpa perlu pelanggan menyentuh sebarang peralatan makanan yang terhidang

“Kami sendiri akan layan tetamu dimana makanan akan terus diletakkan di atas pinggan tanpa perlu pelanggan menyentuh sebarang peralatan makanan yang terhidang cuma mereka hanya bawa pinggan yang disediakan.

“Ini kerana, kami mahu kesemua tetamu dapat mematuhi SOP ketat yang dilaksanakan dari saat masa masuk hingga keluar dari restoran,” katanya.

Aziz berkata, tetamu juga dihadkan dua orang bagi satu-satu meja yang turut disusun dengan penjarakan sosial.

Ditanya mengenai menu yang ditawarkan oleh pihak Malakat Mall kepada pelanggan, Aziz memberitahu, pelbagai jenis makanan boleh disediakan bergantung kepada permintaan mereka.

Antara menu yang disediakan oleh pihak Bunch Oh kepada pelanggan.

Katanya, selain menu disediakan oleh pihaknya, pelanggan boleh membuat permintaan bergantung kepada selera masing-masing.

“Kami boleh sediakan menu raya, masakan western (barat) atau masakan Melayu untuk pelanggan. Namakan sahaja, tiada masalah.

“Kini, pihak kami ada menawarkan pakej berhari raya di ‘Social Distancing Restaurant’ dengan pakej bermula dengan serendah RM60 bagi satu kepala,” katanya.

Dalam pada itu, Aziz menambah, Malakat Mall juga mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pemantauan serta pemeriksaan ketat dilakukan daripada pihak tersebut.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya mendapat kebenaran daripada berkaitan.

“Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan menenai restoran penjarakan sosial pertama di negara boleh hubungi Fazli di talian 017-221 3297,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here