Ribuan tunai solat Jumaat di Turki

0
177
Kebenaran solat berjemaah termasuk solat Jumaat di masjid atau kawasan terbuka di Turki dibenarkan sejak 29 Mei.

ANKARA – Kebenaran solat berjemaah termasuk solat Jumaat di masjid atau kawasan terbuka di Turki dibenarkan sejak 29 Mei selepas negara itu melonggarkan peraturan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Memetik laporan Agensi seperti dipetik berita Anadolu, solat Jumaat dilaksanakan di masjid yang mempunyai ruang halaman mencukupi atau kawasan terbuka dengan kerjasama gabenor tempatan.

Tidak seperti solat berjemaah pada kebiasaan sebelumnya, normal baharu angkara Covid-19 mengkehendaki individu yang hadir untuk solat perlu mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain.

Ratusan atau mungkin ribuan jemaah yang hadir juga perlu memakai pelitup separuh muka, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan membawa sejadah sendiri atau pakai buang.

Masjid di Turki dibuka semula untuk solat berjemaah, selepas lebih dua bulan ditutup dalam langkah kerajaan melonggarkan lagi sekatan ketat yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Turki beralih kepada normal baharu bermula hujung bulan lalu, dengan melonggarkan peraturan perintah berkurung, termasuk membenarkan pasar raya dan kedai gunting rambut beroperasi semula. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here