
CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut meluahkan perasaan bahawa beliau memahami keperluan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti lain.
Menurutnya, kerajaan juga memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
“Selain meringankan beban, inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020.
“Saya ingin mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini.