RON97, RON95 naik lapan sen

0
140

CYBERJAYA – Harga runcit bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lapan sen bagi tempoh 13 hingga 19 Jun ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bagi tempoh yang sama harga diesel bagi setiap liter juga naik sepuluh sen.

“Kenaikan ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.86, RON95 (RM1.56) dan diesel RM1.73,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga tersebut dipengaruhi harga minyak diproses yang semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjaga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here