‘Saya diberi keadilan bersihkan segala tuduhan’ -Musa Aman

0
93
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman

CYBERJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dengan izin tuhan, beliau diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekian lama dibuat ke atasnya.

Menurutnya, pendakwaan terhadap dirinya disifatkan sebagai ujian tuhan buatnya dan keluarga, walaupun ia dilihat berlaku disebabkan perbezaan politik.

“Permohonan untuk membatalkan kesemua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi dibuat dengan cukup teliti yang disokong keterangan dan dokumen jelas serta nyata tidak dapat dipertikaikan.

“Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada pihak pendakwaan dan badan kehakiman terutamanya mereka yang bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis dalam menilai fakta kes sejak dua tahun lalu.

“Tidak lupa sahabat jauh dan dekat serta rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung serta rakan media yang memberi saya manfaat keraguan sepanjang liputan kes ini,” katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Musa daripada kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid bahawa pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here