‘Saya kekal bersama PN’

0
816

CYBERJAYA – “Saya masih bersama Perikatan Nasional (PN).”

Itu antara kandungan surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh akan kekal duduk di kerusi bersama penyokong kerajaan PN di Dewan Rakyat.

Memetik portal Berita Harian, kandungan surat itu bertarikh hari ini turut menyatakan beliau masih kekal duduk di kerusi ‘backbenchers PN’ .

Kandungan surat itu turut menyatakan beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi peluang kepadanya berada dalam Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Shahruddin yang juga bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ketika dihubungi portal berita tersebut mengesahkan kandungan surat itu untuk makluman kepada Muhyiddin.

Shahruddin memaklumkan peletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here