Sektor pelancongan domestik dibenarkan beroperasi semula

0
206
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Aktiviti pelancongan domestik yang terpaksa diberhentikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac lalu akan dibenarkan beroperasi semula bermula Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri.

“Jadi orang ramai bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kebenaran itu tidak diberikan kepada mereka yang mahu melancong ke luar negara kerana sempadan negara masih ditutup.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun banyak kelonggaran, masih terdapat beberapa sektor dan aktiviti masih dilarang bagi mengawal penularan Covid-19.

“Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai.

“Selain itu, turut dilarang ialah kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarakan dan yang tidak dibenarkan,orang ramai bolehlah melayari laman web Majlis Keselamatan Negara,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here