Sesi persekolahan kelas peperiksaan bermula 24 Jun

0
96

CYBERJAYA- Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam sahaja.

“Ia meliputi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here